FUCIA
&
Fauziah Gambus

Ditubuhkan sekitar awal 2008, nama Fucia ; dipetik daripada perkataan bahasa Inggeris roman yang membawa maksud “colourfull” atau “warna-warni” mencirikan keperibadian dan gaya muzik yang dipersembahkan oleh anak-anak muda ini dimana mereka memainkan pelbagai jenis muzik dari muzik asli tradisional hingga ke muzik moden dan kontemporari. Dengan berbekalkan kemahiran, skil dan kreativiti tersendiri, graduan-graduan dan juga pelajar-pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini menggunakan alat-alat muzik tradisional melayu, india, dan sebagainya bagi mempersembahkan bukan hanya muzik melayu tradisional, malah muzik-muzik lain seperti muzik-muzik india, cina, barat, latin, moden, jazz dan banyak lagi. Mereka sering diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia, juga stesen-stesen televisyen.